Saturday, 6 April 2013

Kenduri Kahwin dan Pakcik


Kenduri Kahwin

Bila umur dah meningkat tua bangka ni kalau pergi mana-mana kalau terjumpa orang yang lebih berumur sikit dari kita mesti orang tegur kita
(especially orang kampung kita) 

eh da beso da kau ea sekolah tingkatan berapa? (Cricket Chirping)
Apadia tadi cakap da beso tapi tang tingkatan tu fail sungguh la pakcik. 

Bukan apa sebenarnya aku menghadiri satu majlis perkahwinan di kampung aku ikutkan hati bapak malas nak pergi kenduri tersebut why? Saje je tido lagi syiok oo haha. 

Tapi oleh kerana desakan mak terpaksa juga la bangun dan meninggalkan selimut serta bantal yang empuk itu. 

Sekitar 11.00 pagi sampai la ke destinasi yang dituju, jauh tak jauh la kenduri tu sebenarnya haha. Aku dengan tidak segan silu nya terus ke khemah lelaki hehe lapo yop makan dulu la cerita dia orang kiri kanan memang tak pandang da takde langsung dalam pengawasan mata ni.

Sebelum nak makan tu kena la beratur dulu, boleh tahan juga la panjang dia adat la nama pun kenduri kan lagipun time tu awal juga la rasanya jadi jumlah kehadiran tetamu memang bertubi-tubi ramai haha. 

Pakcik

Aku pun ambil la pinggan polystyrene ni dengan niat baik tolong ambilkan sekali untuk pakcik kat belakang aku konon nak tunjuk santun la kan, pakcik tu pun senyum  kat aku, macam biasa bila orang senyum kat kita mesti kita akan balas balik kan cengini ha ^________^ *ching*. Aku senyum lebar kemain murah dengan senyuman katakan plus senyuman tu kan satu sedekah. 

Senyum punya senyum, pakcik tersebut semacam berminat untuk berbicara dengan aku. Kebetulan aku pun kenal juga pakcik tu, alah orang kampung pusing-pusing memang muka tu juga yang jumpa. Pakcik tu pun start la sembang dengan aku pung-pang-pung-pang sampai la bab ni.



P:Eh! Kau bila lagi?

A:Bila apa pakcik?(pura-pura tak tahu padahal aku bole bau da maksudnya)

P:Kahwin la! Umur sedang molek ni, badan pun tengah sihat molek benor la kahwin.
A:Aku pun time tu shy-shy cat replied to him. Lambat lagi kot calon pun takde pakcik hmm.

P:Alah tipu la bukan enko bukan tak hensem tipu la takde makwe lagi? Kahwin je nanti ada la rezeki Allah bagi.
A:Ngeh ngeh eh takde la pakcik mana ada hensem, hancing ada la haha
*(kalau saya kahwin dengan anak pakcik boleh tak anak pakcik pun boleh tahan juga lawonye hahaha)

p: *Okay set!
A: *Waterpark!

Panjang lebar juga la sembangan kami itu almaklum orang dah makan garam
 (makan garam banyak bukan ke boleh kena high blood pressure ke hmm) Syok sangat bersembang. Nasib baik hari da makin ke petang pakcik to pun kalut semacam aku tengok mungkin cari isteri dia yang dah selesai makan kot jadi dia pun minta undur diri dulu, aku time tu houhyeas at last (haha)

Okay lesson of the day jangan senyum too much kat pakcik-pakcik masa kenduri nanti dapat cerita power in HD haha. Sekian repekan aku untuk kali ini

Adieu. 


p/s: *Aku bermonolog dalaman je tu.




2 comments:

  1. i like kenduri. its make my tummy happy. haha. nnt kenduri jgn lupa post pics. :p

    ReplyDelete
  2. kenduri? entah bila zaman lagi agaknya haha :D

    ReplyDelete