Friday, 24 May 2013

KIL (2013)

As Salam 

Poster KIL




KIL? gapo dio KIL gak?? 



Hehe okey sebenarnya KIL ialah sebuah filem. 



Filem Amareka ko?



Tak ini ialah filem dihasilkan oleh anak tempatan dan antara filem yang berjaya menambat kembali hati aku untuk ke panggung wayang bagi menonton filem Malaysia.



Bakpo sebelum ni mu tokse tengok ko filem Malaysia? 


Ada aku tengok kat Youtube je. 



Bakpo mu tengok kat Youtube jo?


uhm sebab..sebab.. macam gitu je



Mace gitu tu lagu mano? 



Macam gitu tu maksudnya jalan cerita yang statik je contohnya cinta 2 darjat,gangster(la sangat),hantu dsb.



Gapo hok best pasa filem KIL ni?


Bagi aku best sebabnya.. eh kau baca la petikan paper Sinar Harian ni senang. 


Salah satu babak dalam filem KIL

Siapa sangka, daripada sekadar suka-suka untuk menghasilkan filem dan kemudian ditayangkan di laman Youtube, filem KIL arahan pengarah muda, Nik Amir Mustapha bakal ditayangkan di layar perak 30 Mei ini.


Malah, filem ini juga telah berjaya meraih sebanyak 88,005 tontonan di Youtube.



Ketika sesi tayangan filem berkenaan yang diadakan Selasa lalu, ramai yang memuji karya Nik kerana berjaya suntikan baru dari segi jalan penceritaan, sinematografi dan tidak keterlaluan untuk mengatakan ia adalah sebuah karya tempatan yang bakal memberi nafas baru pada industri perfileman tanah air.



"Saya menghasilkan filem ini sekadar suka-suka dan kerana minat dengan filem. Jadi saya panggil kawan-kawan untuk turut serta dalam pembikinan filem ini.



"Malah, perbincangan dengan Redza Minhat juga hanya dilakukan di kedai makan sahaja. Saya juga terpaksa gunakan wang sendiri untuk pembikinan filem ini terlebih dahulu," ujar Nik ketika ditemui selepas tayangan filem tersebut di e@Curve, baru-baru ini.



Filem KIL dibarisi pelakon seperti Redza, Cristina Suzanne Stockstill, Harun Salim Bachik, Dira Abu Zahar, Atilia Haron, Juliana Evan dan ramai



Nik berkata, hanya setahun selepas pembikinan filem ini, iaitu pada tahun 2011, barulah dia bertemu dengan penerbit Grand Brilliance, Tengku Iesta Tengku Alaudin.



"Selepas menonton filem yang kami hasilkan, Tengku bersetuju untuk membeli filem ini dan seterusnya melalui proses produksi yang lebih teliti dengan memasukkan kesan bunyi dan sebagainya," katanya.



Nik berkata, sebagai seorang pengarah baru, cabaran utamanya dalam menggarap filem ini adalah mencari maklumat.



"Sebagai orang baru, saya memang tidak mengenali sesiapa dalam bidang perfileman untuk saya tanyakan mengenai filem. Jadi saya banyak menonton dan membaca, seterusnya daripada info dan pemerhatian saya, saya garapkan dalam filem ini.



"Saya juga bersyukur kerana pelakon banyak membantu dan saya juga memberi kebebasan kepada pelakon untuk melontarkan dialog mengikut skrip mereka sendiri," katanya.



Menurut Nik, dia tidak melabelkan KIL sebagai sebuah filem indie dan merasakan ia adalah filem yang berada di tengah-tengah.



"Ketika sesi tayangan baru-baru ini ada yang kata ia filem urban, tapi bagi saya KIL adalah filem yang mempunyai kedua elemen - indie dan komersial.



"Saya harap semua golongan - tidak kira urban atau tidak boleh menerima dan enjoy menonton filem ini," ujarnya.




Sindir wartawan?



Bagaimanapun, dalam pujian yang diterima daripada karya sulungnya itu, Nik tidak terlepas menerima soalan panas, apabila beberapa babak dalam filem tersebut seolah menyindir segelintir wartawan hiburan tempatan.



Babak tersebut di mana seorang wartawan hiburan (lakonan Aidil dari kumpulan Couple) menemu ramah seorang pengarah terkenal (lakonan Hasnol Rahmat) yang gagal menarik perhatian penonton.



Karakter wartawan berkenaan yang suka menyampuk tidak kena tempat serta dialog berbaur sindiran yang dilafazkan oleh Hasnol, membuat para wartawan dan wakil media yang menonton, ‘panas telinga’.



Menjelaskan mengenai situasi berkenaan, Nik berkata : "Bagi saya, babak itu bukan satu bentuk serangan pada pihak wartawan kerana babak tersebut bukanlah apa yang mahu saya tonjolkan dalam KIL.



"Ia hanyalah sekadar hiburan dan pemerhatian saya. Saya tak berniat nak berperang dengan wartawan.



"Dialog Hasnol yang mengatakan 'gara soalan-soalan panas dari medialah membuatkan segelintir pengarah naik berang', adalah skrip dari Hasnol sendiri dan bukannya dari saya. Bagaimanapun, saya mohon maaf jika ada yang terasa dengan babak itu," katanya.




Bakal ke Cannes



Sebagai sebuah pendatang baru dan filem baru, Nik boleh tersenyum puas apabila KIL menjadi antara empat buah filem tempatan yang terpilih untuk ditayangkan di Festival Filem Cannes di Perancis pada 20 Mei ini.



KIL akan ke sana bersama filem Vikingdom (KRU Studios), Bola Kampung The Movie (Animasia Studio) dan Penanggal (Tayangan Unggul) juga akan turut ditayangkan di anugerah Marche Du Film bersempena festival filem berprestij itu.



"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana ia akan dibawa ke pasaran luar. Bagi saya, apabila GB bersetuju untuk menayangkan filem ini, ia sudah cukup buat saya.



"Jadi apabila KIL terpilih untuk ke Festival Filem Cannes, saya rasa ia sebagai satu bonus," katanya.



Kil mengisahkan tentang Akil (Kil) seorang pemuda yang tertekan dan cenderung untuk membunuh diri. Namun cubaannya sentiasa gagal. Sehinggalah dia berjumpa dengan cara ‘penyelesaian’ yang sempurna, Life Action Bureau ataupun LAB yang membantu sesiapa saja yang ingin membunuh diri.



Namun di saat akhir Kil berubah fikiran. Dia mula jatuh cinta pada seorang gadis, Zara, dan kembali bersemangat untuk menikmati kehidupannya. Tetapi sudah terlambat kerana LAB sudah bertindak. Adakah Kil berjaya meyakinkan LAB? Atau Kil tetap akan dibunuh? Bagaimana pula kisah cinta Kil dan Zara?



Sumber: Dari Youtube ke layar perak  




Kredit  : Sinar Harian

Oleh    : Nurezzatul Aqmar Mustaza




KIL Reviews


Diambil dari KLIPS





10 Sebab Tarikan KIL

Ridhwan Saidi pernah menyatakan, filem Hollywood itu berlapis-lapis macam kek lapis.
Dalam ulasan kali ini, aku mahu menyampaikan ulasan ini dalam hal yang berlapis-lapis mengikut nombor. Persoalan filem dan perfileman pun berlapis-lapis bukan?

1
Ada kecantikan dalam latar, pengarahan seni, dan mood filem ini. Runut bunyinya bagi aku, terdapat bahagian-bahagian yang mencapai emosi kesatuan penonton-imej. Ini penting, untuk feel. Secara luaran, ini yang paling berbuah dalam filem ini, dan sepatutnya inilah unsur utama yang membantu kau mengikuti filem ini sampai ke akhir.

2
Aku tidak menyentuh cerita lagi. 

Aku ingin menyentuh semangat filem ini.
Ini filem yang tidak berbohong apabila ia menggelarkan dirinya: A feel good movie about suicide. Dalam suram dan kelam wajah Redza Minhat dan Christine Suzanne, timbul harapan dalam oren, epal, foto, dan ais krim.
Hidup memang celaka tapi kau wajib meraikannya.

Akil (Redza) "bernasib baik" kerana setelah bercuba-cuba untuk membunuh diri, dia menemui Zara (Christine). Mula-mulanya seakan suatu filem soft porn milik Hitchcock apabila Akil "mengikuti" Zara dari jauh, dan Zara "mengejutkan" Akil dari dekat. Ada ketegangan seks. Malah ada babak halusinasi (mencuit) apabila ketegangan seks ini menjadi dalam ruang "terperangkap" lif yang kelabu metalik lalu Zara "meraba" Akil. Serius penonton yang loner akan tersinggung. 

Mata penonton menjadi mata kedua-duanya (Akil & Zara). Ada sebuah perspektif yang tiba-tiba mengganggu penonton pada pertengahan cerita apabila perspektif Akil "hilang" lalu timbul Zara membeli buah-buahan (ah, ada lapisan lain secara plot antara Zara-wanita tua).

Kita juga diberi peluang menonton sebuah filem dalam filem arahan Johan Iskandar (Hasnul Rahmat). Ini deep? Kau jangan tertipu, filem ini sebenarnya mudah, rujuk bual-bicara filem Akil-Zara berkenaan komedi romantik (hint!) dan Noting Hill.

Johan Iskandar, seperti Akil, seperti kebanyakan anak kota yang murung, berasa "nak mati" dan KL yang terus kotor-cantik tidak mempedulikan mereka.

Ini tujuan mereka untuk membunuh diri.

3
Membunuh diri satu metafora menarik. Bunuh (kill) merupakan unsur biasa untuk "menamatkan" filem. Rujuk pabila Father Karras meloncat jatuh dari Hitchcock Stairs, filem The Exorcist pun berakhir.

Bagaimanakah kita menonton sebuah filem tentang ingin membunuh diri dan kita masih boleh terpaku hingga akhir filem?

Inilah lencongan (twist) yang dibuat dalam filem ini, memainkan sikap "ke arah kematian" sebagai suatu pilihan "memasuki alam berasa akan berakhir bila-bila masa". Sebenarnya filem ini tidaklah hanya bercakap fasal "nak mati" tetapi juga bercakap fasal "kehidupan": filem ini menyampaikan harapan. Dalam sebuah cekerawala yang serba luas, walaupun bagaimana bersendirinya kita, kita tidak dapat lari daripada berhubung, lalu perhubungan membentuk kebergantungan dan kepercayaan. Inilah dua unsur yang Akil "hilang", yang sedikit demi sedikit kita jumpai (setelah melalui beberapa episod psikaotik Akil, yep, kepala budak ni bukannya betul sangat) Akil "cuba" hendak mencarinya. Kononnya, dia jumpa bila bertemu dengan Zara. Filem Johan Iskandar (secara licik) membuka matanya tentang hal itu (haha, kiut, siapa kata filem tidak mengajar ya?)

Poin ini menarik: walaupun kita tidak mengenali satu sama lain, ada sesuatu yang kita sama-sama inginkan.

4
Dan jawapan untuk pernyataan di atas, perkara yang kita sama-sama inginkan tentulah "Cinta".

5
Filem rujukan.

Satu hal, aku suka imejan Redza-Christine yang dibuat menyamai imej anime, yakni jika Redza dan Christine dilukiskan seakan menyamai lukisan Osamu Tezuka.

Ini suatu "hiper-realiti" feel.

Canggung dan menarik. Baca lagi KlIK SINI



Trailer


Tengok trailer pun dah teruja dengan sinematografi filem KIL ni huish






Akhir kata semoga filem ni berjaya serta mampu menghidup dan memberi nafas baru dalam bidang industri perfileman di Malaysia. 







p/s: Lama dah aku tak tengok filem Malaysia yang boleh buatkan kita ter-inspire, ter-motivate, meninggalkan kesan dan mampu mengajak minda kita keluar dari kotak sedia ada. Contoh last filem yang meninggalkan kesan kat aku ialah Mukhsin.


No comments:

Post a Comment