Thursday, 20 November 2014

I'm Not Fat, I'm Just Big pffft

Tahukah anda,

ada orang aju kan soalan

"eh saya gemuk tak"

aku jawab

"haah" 

Aku memang berasa berat betul nak cakap bohong ni.

Aku tak suka bohong sebab.
Bohong tu pada aku satu khianat padu jisimnya.
Ianya macam kau bawa moto ex5 tak pakai helmut pastu kau ter/meng-langgar satu objek pegun pada kelajuan 100 k/m. Pastu result dia apa?
horrible giler kan.

Ok berbalik kepada isu pokok

Aku cuma pelik, sebabkan aku bagi jawapan betul. Orang tu dah tak mahu cakap dengan aku.
Persoalan dia,
apa salah aku? Takkan kau nak dengar jawapan hipokritis

"Eh idok ah, kau kuruih giler weih"
 atau
"No la, you're not fat but just big boned"

Hell no that obviously a freaking lie isn't. Makanya berangan la bahawa kau tu "kurus" walhal ia tiada
la membawa satu kebaikan kepada diri kau, fikir jauh mungkin satu hari ia membawa mudhorat kepada kau semacam satu hari nanti kau mendapat penyakit dari degil diri kerana tebiat kau percaya diri kau ialah kurus. Apa benda yang aku cakap.

Ok bahasa sains dia obesiti, apa sebab obes

lemak tak tepu
lagi
kandungan gula tinggi dalam darah
lagi
kencing manis
lagi
insulin
lagi
kerat kaki
lagi..
Cayer Tark Gumuc, Cayer Rangka Besar je.

Then explain this!



Maaf tapi bila aku fikir atau cakap memang aku akan fikirkan consequences dia. Apa yang kau sangka bila kau tanya soalan membunuh macam tu kat orang waima harfiahnya kau pun sendiri tau kondisi diri kau. Anggap jawapan jujur tu nasihat membina walau tak manis didengar tapi boleh bagi kebaikan untuk kita.

Sunday, 7 September 2014

Beautifool

Perempuan tak pernah terfikir ke. Tentang mahalnya enkorang. Ok aku maksudkan bukan sekadar tentang benjolan-benjolan semacam benda lazim steriotaip manusia imaginasi kan, terutamanya lelaki. Contoh sederhana

rambut
hidung
mata
tutur bahasa



Nampak, ni baru basic je aset enko nak aku describe secara total tak payah la. Malas pula aku nak taip panjang-panjang. Tak rugi ke enko bagi benda percuma tanpa caj sikit pun bayaran
(ni bukan maksud suruh kau jadi whore) tapi nak suruh kau beringat yang kecantikkan korang tidak layak diletakkan pada level yang rendah.

Imagin je diri enko tu Luis Vutton, Prada, Dolce & Gabbana, Lamborghini, Ferrari, atau  benda alah yang mahal. Bagi la nampak exclusive sikit bukan bila siul terus respon, atau kena belanja starbucks sambil bawa pusing bandar naik kereta sewa pastu terus update in a relationship dalam media sosial! Damn jangan murah sangat kaklong.

Fikir macam ni kalau enko sekarang sekolah menengah tak selamanya kau akan jadi budak sekolah menengah, kalau kau mahasiswi universiti tak selamanya kau mahasiswi universiti. Fikir 20 tahun akan datang apa yang enko akan jadi, cuba anggap masa depan kita ditentukan atas pilihan masa kita sekarang ni. Aku percaya enko mesti nak semua benda baik jadi kat diri enko kan, dah tak nampak lagi, pilih lah jalan yang positif.

Tak payah sibuk nak berjantan lagi stabil dan fokuskan kat enko punya life dulu, tak payah nak terlampau trendy simple sudah. Benda baik akan bermula pelan-pelan jadi kat enko bila enko ada goal dalam life enko, contoh duit, dress, lifestyle InsyaAllah datang.

Bukan apa aku cuma terkilan tengok senang sangat perempuan melayu diaib diletak taraf semacam semua perempuan melayu ni senang makan. Kenapa? Tengok contoh la video, page, blog, twitter, insta title Awek Melayu etc bahan kat dalam semua pakai tudung kadang-kadang muka nerd gila pun sangkut, macam mana aku tahu haha fitrah laki kot tapi aku bukan kaki benda-benda macam tu alah macam kau taip kat browser tu taip melayu pun dah dia akan direct bawak ke pekara tersebut.

Aku rasa benda macam tu lebih kepada perempuan kena game, yelah ajak webcam layan, baru kenal seminggu dah tukar-tukar gambar sebab rasa tu memang cinta hati enkorang, atau lagi kesian mungkin pasangan suami isteri sah tapi dah sebab bongok sangat pasal benda digital kebetulan *smartphone problem, pastu hantar kedai-kedai service *SP sambil lupa delete atau simpan memory card dulu. Owner kedai pun kenyang save barang private enko sambil upload kat mana-mana media sosial. Ah malas aku cakap banyak lastly, aku bukan pencinta wanita ke hape ke cuma aku kesian wanita sebangsa degan aku dilayan macam barang senang nak trade macam kat pasar NSK selayang sedih lagi kadang dah macam sistem barter pun ada.


One night and one more time
Thanks for the memories
Even though they weren't so great
He tastes like you only sweeter

One night yeah one more time
Thanks for the memories
Thanks for the memories
See, he tastes like you only sweeter.  


Fall Out Boy - Thanks For The Memories







Friday, 10 January 2014

Koe no Katachi

Huish giler la sekarang dah masuk 2014 ke? pergh !! rasanya masa kat tahun 2013 banyak pekara tak selesai lagi. 

Allright nak sembang apa pasal 2014 ni, hmm rasanya takde benda yang menarik lagi berlaku. 

Aku rasa aku nak sembang pasal manga dlm entry ni. Manga ni pun berjaya menerjah ke dalam taman bunga-bunga hati cinta aku eceh haha. kenapa ye ekceli manga ni genre nya quite lovey-lovey fair and lovely gitu hehehe. Tajuk nya Koe no Katachi (聲の形, The Shape of Voice) dan mangaka nya ialah Yoshitaki Ōima.  

Emm apa yang menarik pasal manga ni buat setakat yang aku faham sekarang je la ianya berkisarkan tentang seorang gadis (Nishimiya Shouko) kurang upaya (deaf) yang baru berpindah masuk ke sekolah baru. Dia menggunakan kertas dan maker sebagai medium untuk berinteraksi dengan rakan sekelas nya. 







Mula-mula macam takde masalah tapi lama kelamaan dia menjadi bahan ejekan dan mangsa buli oleh rakan sekelasnya (Ishida Shouya) namun Nishimiya hanya tersenyum je bila setiap kali diusik oleh rakan sekelas nya. 





Apabila di dalam kelas setiap kali cikgu menerangkan sesuatu di dalam kelas pastinya menimbulkan masalah sampaikan terpaksa menerangkan semula tentang sesuatu mata pelajaran tu sampaikan rakan sekelas memanggil sebagai (Nishimiya Time) bilamana satu kelas akan senyap bila dia mengangkatkan tangannya untuk bertanya sesuatu. 





Namun satu hari peristiwa besar telah berlaku sehingga mengubah zaman kanak-kanak Ishida Shouya dan menghantuinya sehingga ke sekarang kerana  gurauanya  sampai memaksa Nishimiya Shouku berpindah sekolah.








Okay best kan manga ni hehe. Aku suka manga ni sebab its unique. Nak tahu lebih baca la manga tu sendiri tak syok la kalau aku story semua kan. manga ni pun baru je keluar so tak jauh lagi korang boleh catch up manga ni. Hmm aku chiao dulu la ye

 Nishimiya ucap selamat tinggal kat readers