Tuesday, 30 April 2013

Ended Up

Baru-baru ni aku potong rambut, punya nak kejar masa aku pergi kedai dalam pukul 3 petang semangat takut kena beratur. Sesampai je kat lokasi kedai tutup pulak aduh.

Ok cantik, melayu berniaga macam ni la, orang nak tolong sesama bangsa

Bukan apa kedai tu kira  kedai favourite juga la sebut je macam biasa tuan kedai tu tau la jenis haircut macam mana dia nak buat.
Tak tahu yang hari tu hari ahad kedai memang la tutup bijak! 
haha tengok siapa yang salah sekarang

Dah alang-alang terlajak malas pulang dengan kehampaan. Pusing-pusing satu area tu ternampak la satu kedai gunting rambut. 

Nak cakap canggih tu tak lah tapi boleh lah hmm. Orang pun tak ramai okey memang super extra save masa ni apalagi terjahh!!. 

 Tapi kedai tu kedai India, ah persetankan masa kecik-kecik dulu selalu juga aku potong rambut kat kedai India dengan pakcik aku. 

Masuk kat dalam kedai:

T: Ok boss mau bikin setail apa?
A: Uhm repair tepi je.

T: Okey (geleng kepala) Boss mau style ini ka (tunjuk sample kat dinding)
A: Huh? Ya ya ya (aku tak berapa nampak sangat)

Kemudian dia capai la mesin rambut sambil selamba je sodok side tepi rambut, hehe yess dia terlupa tanya aku potong nombor *1,2 atau 3 

kebiasaan kalau repair tepi cuma pakai no2/3 je.

*123=Nombor untuk size mata hair cutter

Ceritanya pembalakan haram telah berlaku di belah tepi rambut aku dalam erti kata lain GONDOL! yeah i lioke, aku pun masa tu wahh.

T: Kenapa boss?
A: You pakai nombor berapa?

T: Nombor satu boss?
A: Adoi!

T: Kenapa boss?
A: Takpe-takpe buat je macam kat gambar tu, damn.

Malas nak gaduh pasal rambut aku pun sembang la dengan dia fluent tak fluent la dia punya Bahasa Malaysia, tapi ada satu accent dia tu aku detect macam accent tamil pure mari punye.

Sembang-sembang lagi:
A: You asal mana?
T: Kenchi (lebih kurang macam tu la bunyinya)

A: Kat mana tu? 
T: India! 

A: Huh, India? pure India tu? Oh berapa lama da duduk sini
T: Ya boss? Enam.

A: Oh enam tahun?
T: Tak boss, enam bulan.
Ya Allah patut la hasilnya rambut aku ended up macam gambar kat bawah ni. Pure baru turun kapal rupanya haha. 

                                          




Sunday, 14 April 2013

Nama | Name

Nama

Menurut definisi ianya adalah merujuk kepada:

(1)Panggilan kepada sesuatu/manusia/objek/binatang dsb-cth:Nama dia ialah Ahmad.
(2)Gelaran kurnian/penganugerahan-cth:Yang Berhormat Dato' Ahmad Hamzah.

Aku bagi dua definisi tentang apa itu nama, mungkin kat situ dah boleh jelas apa yang dimaksudkan dengan Nama.


Kenapa Nama

Budaya orang kita(Malaysia) selalu atau terlepas pandang akan hal ni, contohnya, mudah memanggil nama seseorang bukan berdasarkan nama sebenar mereka dan lebih cenderung memberi nama kepada seseorang itu bedasarkan, fizikal/rupa bentuk/keadaan mereka.

  • Fizikal - "wei gemuk(Ahmad) kau datang rumah aku cepat!" 
  • Rupa bentuk - "wei jonggang(Ahmad) cepat la sikit!" 
  • Keadaan - "wei anak luar nikah(Ahmad) kau ni memang dasar anak tak guna la!" 
ayat untuk point ketiga tu biasa jumpa kat dalam tv/wayang je kan. 
(maaf penggunaan contoh pun agak kasar -_-' ) 


Kepentingan Memanggil nama Sebenar

Aku pernah terbaca satu artikel dalam majalah/surat khabar@internet tentang (da lupa baca kat mana tapi asas dia memang bahan bacaan lah ) kepentingan memanggil nama sebenar kepada ibu bapa dan masyarakat. 

Dalam bacaan tu mengatakan jika ibu bapa memanggil nama sebenar anak mereka(seperti yang tertulis atas IC kot) muka anak-anak mereka akan bercahaya apabila dipanggil oleh Allah S.W.T masa hari penghakiman kelak, panggilan nama itu pun merupakan doa untuk seseorang- cth: Ahmad 
(yang terpuji ). 

Dalam satu surah Al-Quran pun ada menekan/peringatan tentang isu memberi gelaran kepada seseorang.





Nampak kepentingan dia kat situ, Allah S.W.T Maha mengetahui mengenai makhluk ciptaan-Nya. Hati manusia siapa yang tahu kan.

Walaupun disebabkan pekara kecil boleh menimbulkan kecil hati
perbalahan,masam muka sesungguhnya perkara macam ini amat dimurkai oleh Allah S.W.T dan Islam. 

Mana lah tahu nanti sebabkan sikit je kecil hati dengan kawan kawan kita, boleh buatkan amalan kita tu jadi tertungak disebabkan panggilan atau gelaran yang kita pernah panggil mereka.

Akhir kata bagi aku la memanggil nama sebenar orang tu penting, sebab dari situ kita boleh lihat orang tu hormat kita atau tidak tak kisah la tua atau muda. Ye nama kalau dilihat memang macam remeh tapi kat situ la kita boleh lihat mampu atau tidak seseorang itu menghormati sesuatu yang "remeh".

Asalkan sesuatu yang "remeh" kita tak boleh nak hormat inikan pula kita nak harap orang akan menghormati kita nanti,  jangan pelik nanti bila ada budak-budak yang lebih kecil dari hang tak hormat nama kita.

 Macam pepatah Inggeris

"what goes around,comes around"  



















Saturday, 6 April 2013

Kenduri Kahwin dan Pakcik


Kenduri Kahwin

Bila umur dah meningkat tua bangka ni kalau pergi mana-mana kalau terjumpa orang yang lebih berumur sikit dari kita mesti orang tegur kita
(especially orang kampung kita) 

eh da beso da kau ea sekolah tingkatan berapa? (Cricket Chirping)
Apadia tadi cakap da beso tapi tang tingkatan tu fail sungguh la pakcik. 

Bukan apa sebenarnya aku menghadiri satu majlis perkahwinan di kampung aku ikutkan hati bapak malas nak pergi kenduri tersebut why? Saje je tido lagi syiok oo haha. 

Tapi oleh kerana desakan mak terpaksa juga la bangun dan meninggalkan selimut serta bantal yang empuk itu. 

Sekitar 11.00 pagi sampai la ke destinasi yang dituju, jauh tak jauh la kenduri tu sebenarnya haha. Aku dengan tidak segan silu nya terus ke khemah lelaki hehe lapo yop makan dulu la cerita dia orang kiri kanan memang tak pandang da takde langsung dalam pengawasan mata ni.

Sebelum nak makan tu kena la beratur dulu, boleh tahan juga la panjang dia adat la nama pun kenduri kan lagipun time tu awal juga la rasanya jadi jumlah kehadiran tetamu memang bertubi-tubi ramai haha. 

Pakcik

Aku pun ambil la pinggan polystyrene ni dengan niat baik tolong ambilkan sekali untuk pakcik kat belakang aku konon nak tunjuk santun la kan, pakcik tu pun senyum  kat aku, macam biasa bila orang senyum kat kita mesti kita akan balas balik kan cengini ha ^________^ *ching*. Aku senyum lebar kemain murah dengan senyuman katakan plus senyuman tu kan satu sedekah. 

Senyum punya senyum, pakcik tersebut semacam berminat untuk berbicara dengan aku. Kebetulan aku pun kenal juga pakcik tu, alah orang kampung pusing-pusing memang muka tu juga yang jumpa. Pakcik tu pun start la sembang dengan aku pung-pang-pung-pang sampai la bab ni.



P:Eh! Kau bila lagi?

A:Bila apa pakcik?(pura-pura tak tahu padahal aku bole bau da maksudnya)

P:Kahwin la! Umur sedang molek ni, badan pun tengah sihat molek benor la kahwin.
A:Aku pun time tu shy-shy cat replied to him. Lambat lagi kot calon pun takde pakcik hmm.

P:Alah tipu la bukan enko bukan tak hensem tipu la takde makwe lagi? Kahwin je nanti ada la rezeki Allah bagi.
A:Ngeh ngeh eh takde la pakcik mana ada hensem, hancing ada la haha
*(kalau saya kahwin dengan anak pakcik boleh tak anak pakcik pun boleh tahan juga lawonye hahaha)

p: *Okay set!
A: *Waterpark!

Panjang lebar juga la sembangan kami itu almaklum orang dah makan garam
 (makan garam banyak bukan ke boleh kena high blood pressure ke hmm) Syok sangat bersembang. Nasib baik hari da makin ke petang pakcik to pun kalut semacam aku tengok mungkin cari isteri dia yang dah selesai makan kot jadi dia pun minta undur diri dulu, aku time tu houhyeas at last (haha)

Okay lesson of the day jangan senyum too much kat pakcik-pakcik masa kenduri nanti dapat cerita power in HD haha. Sekian repekan aku untuk kali ini

Adieu. 


p/s: *Aku bermonolog dalaman je tu.