Waiyawauu macam mana aku boleh ketinggalan 5 tahun ni. Siapa tak pernah tonton lagi filem ni ( macam aku ) aku syorkan korang baik cepat tonton filem ni, sebab kalau korang lambat tonton lagi filem ni aku bet korang akan mengalami sindrom ke-terasa-an-ketinggalan-zamanisma-adoi-nya!!!
Tapi sedikit ralat la, kenapa? Aku rasa dah lama movie tu ada kat dalam exHdsk kawan aku tu kenapa aku boleh tak perasan pulak. To be honest, aku bukan pengemar tegar movie Bollywood, tapi entah camne ada insan yang menyarankan aku untuk cuba menonton movie tu. Okey takpe oleh kerana movie ni mendapat saranan yang kuat, berjaya mengajak aku menyelami dunia 3 ekor malaun ni. Okey aku nak bagi review pasal movie ni.
Filem ni 3 orang bodoh namanya ( 3 Idiots ) mereka tak bodoh tapi sebaliknya.
Asal filem ni dari mana?
Asal India dan filem Bollywood.
Hero/Heroin dalam filem ni?
Hero Rancho ( Aamir Khan ) dan Heroin nya Pia ( Kareena Kapoor ) awek si Rancho.
Apa yang best pasal filem ni.
Filem ni mempunyai nilai pengajaran yang sangat mendalam paling aku ingat ialah
"Perlu untuk memahami sesuatu ilmu itu dan bukan hanya setakat menghafal"
Don't judge a book by its cover
Sikit sinopsis pasal filem ni.
Filem ini menceritakan tentang tiga orang sahabat
1-Shyamaldas Chanchad (Aamir Khan)
2-Farhan Qureshi (R. Madhavan)
| 3-Rastogi Raju (Sharman Joshi) |
Merupakan pelajar di Imperial College of Engineering (ICE) ICE adalah institusi pengajian terbaik di India. Merupakan tahun pertama mereka di ICE
(kiranya junior la kat ICE tu)
Rancho berasal dari keluarga kaya. Rancho adalah anak orang kaya yang sangat meminat dunia mesin (machine freak). Belajar di ICE adalah merupakan impianya. Punyai cara pandangan tersendiri terhadap kaedah pembelajaran.
Farhan berasal dari keluarga yang sederhana. Farhan suka untuk mengambil gambar atau merakam momen tapi aku rasa dia lebih bercita-cita untuk menjadi seorang fotografi haiwan liar.
(lebih kurang macam Nat Geo Wild tu la) namun dia terpaksa melupakan hasrat dia kerana terpaksa memenuhi keinginan ayahnya untuk melihatnya menjadi engineer.
Raju adalah anak dari seorang bekas posmen yang lumpuh dan mempunyai kakak yang gagal untuk berkahwin (andartu) kerana tak dapat memberikan 800 ribu rupe untuk mas kawinnya.
(kat India perempuan kena bayo mas kahwin kat lelaki kalau nak kahwin) Sumber pendapatan keluarga Raju dapat dari pencen ibunya sebagai guru. Raju sebenarnya seorang yang pandai sebab itu keluarganya sangat berharap agar Raju dapat menjadi seorang engineer bagi meningkat taraf hidup keluarganya.
***
Okey, maka bermula lah kisah dorang sebagai pelajar tahun pertama kat ICE best lagi Farhan, Raju dan Rancho tinggal satu bilik a.k.a roommate.
Dah nama pun roommate dorang memang la ngam bin kamcing tapi best sekali
pasal si Rancho dia ni seorang pelajar yang bijak dan ada falsafah tersendiri tentang kehidupan.
Sikap dia yang sedikit abnormal dan selamba rock buat membuatkan dekan kolej dia iaitu Profesor Viru Sahastrabudhhe atau dipanggil ViruS oleh pelajar di ICE sedikit berbulu dengan 3 ekor malaun ni. Ironinya sebabkan tiga kawan baik ni selalu buat onar kat dorm dan kat fakulti dorang di cop sebagai virus kat ICE oleh prof Viru pulak.
Pasal si Rancho ni genius dia selalu menyangah mengenai cara proses pembelajaran yang mana lebih kepada sekadar menghafal teori bukan memahami. Punca dari situ ramai prof yang kena game dek si Rancho ni tapi paling kerap kena game adalah si Viru.
Bermula dari situ si Viru berbulu dengan si Rancho pelbagai cara dia buat untuk expel Racho dari ICE, hehehe tapi nak buat camne si Rancho tu kan genius akal panjang kemain susah la si prof Viru tu nak game kan balik si Rancho tu. Jadi target man dia dah beralih kepada kepada member Racho.
Aku rasa cukup lah aku sinopsis kan sikit apa yang aku ingat dari filem ni nak banyak korang tengok sendiri la.(kalau aku taip semua tak best la kan+penat weh nak taip)
Nilai Moral yang aku dari filem ni ialah
Sentiasa mementingkan nilai persahabatan.
Berfikir luar dari majoriti atau lari dari mainstream.
