Entah kenapa tapi terkadang otak aku berteori bahawa tahun 2013 ni semacam satu tahun kompilasi atas pekara yang dilakukan oleh aku pada tahun-tahun sudah dan juga semacam satu skrip khas payback secara total kepada diri aku.
Bermula dari sekecik-kecik pekara sampai la ke sebesar-besar pekara jadi kat aku tahun ni. Dari melibatkan kes dengan objek tak bernyawa sampai lah dengan benda bernyawa. Contoh simple start dari hilang telefon sampai la ke notebook pun turut menjadi mangsa.
Bila dah takde telefon dengan notebook tu maknanya kena cari baru bermakna kena pakai duit kan bila dah kena pakai duit ertinya not-not hijau,merah,biru akan meninggalkan kita secara kasar ianya akan menyebabkan krisis ekonomi bila menyebabkan krisis ekonomi maka kena la dibuat sistem pencatuan bila sistem pencatuan dilaksanankan..
emm kejap ni entry pasal ekonomi asas ke?
Senang cakap la skang ni aku tengah Kontang huh! Nak merembat(beli) jersey AS Roma Padang Besar pun tak mampu bayangkan la ketahapan dia sungguh senggsara.
Banyak problema jadi kat aku tapi aku tak boleh cerita detail kat sini sebab sesetengah pekara tu tak dapat diselesaikan melalui kaedah menulis.
eh kejap tapi dah yang kau pergi tulis entry ni hah dah kenapa
Tak maksudnya ada sesetengah pekara tu boleh mengurangkan rasa beban dengan cara menulis dan ada sesetengah pekara tu tak wajar ditulis hatta ianya bebanan atau lebih tepat lagi BERTINDAK lagi BAGUS dari BERSUGUL.
Apapun pengajarannya tetap ada untuk aku re-think kenapa,mengapa dan apa sebab punca benda ni jadi kat aku, tak salah mungkin benda ni semuanya ada Silver Linings dia kan kot-kot 2014 nanti aku dapat benda yang much better dari sekarang ni kan huhuu
trying to be positive hmph!
