Friday, 29 November 2013

Skrip




Entah kenapa tapi terkadang otak aku berteori bahawa tahun 2013 ni semacam satu tahun kompilasi atas pekara yang dilakukan oleh aku pada tahun-tahun sudah dan juga semacam satu skrip khas payback secara total kepada diri aku.

Bermula dari sekecik-kecik pekara sampai la ke sebesar-besar pekara jadi kat aku tahun ni. Dari melibatkan kes dengan objek tak bernyawa sampai lah dengan benda bernyawa. Contoh simple start dari hilang telefon sampai la ke notebook pun turut  menjadi mangsa.

Bila dah takde telefon dengan notebook tu maknanya kena cari baru bermakna kena pakai duit kan bila dah kena pakai duit ertinya not-not hijau,merah,biru akan meninggalkan kita secara kasar ianya akan menyebabkan krisis ekonomi bila menyebabkan krisis ekonomi maka kena la dibuat sistem pencatuan bila sistem pencatuan dilaksanankan..


 emm kejap ni entry pasal ekonomi asas ke? 


Senang cakap la skang ni aku tengah Kontang huh! Nak merembat(beli) jersey AS Roma Padang Besar pun tak mampu bayangkan la ketahapan dia sungguh senggsara.

Banyak problema jadi kat aku tapi aku tak boleh cerita detail kat sini sebab sesetengah pekara tu tak dapat diselesaikan melalui kaedah menulis.

  eh kejap  tapi dah yang kau pergi tulis entry ni hah dah kenapa

Tak maksudnya ada sesetengah pekara tu boleh mengurangkan rasa beban dengan cara menulis dan ada sesetengah pekara tu tak wajar ditulis hatta ianya bebanan atau lebih tepat lagi BERTINDAK lagi BAGUS dari BERSUGUL.

Apapun pengajarannya tetap ada untuk aku re-think kenapa,mengapa dan apa sebab punca benda ni jadi kat aku, tak salah mungkin benda ni semuanya ada Silver Linings dia kan kot-kot 2014 nanti aku dapat benda yang much better dari sekarang ni kan huhuu



trying to be positive hmph!



Sunday, 7 July 2013

Futsal & The Saviour



Futsal I
Bebaru ni aku dan kengkawan aku main sesuatu game yang dinamakan futsal.  

( hmm macam tak syok je nak update entry pasal futsal, why? ya lo macam aku sorang je yang pernah main futsal orang lain tak pernah ye )

Tak bukan apa, sebenarnya futsal adalah rutin ruji aku dan kengkawan bila memasing da cuti sem, main gila seminggu 3 kali permainan itu dilangsungkan haha. 

p/s situasi gila ini terjadi bila cuti sem sahaja dengan erti kata lain chukup korum! 

Futsal II
 
Macam biasa bila masa,tempat,opponent semua dah set maka aktiviti pemfutsalan pun dijalankan dengan jayanya!


Malas nak cakap team power ranger memang selalu menang kan hehe, okey maka team kami la yang memenangi friendly tersebut menang dengan jumlah defisit mata yang besar kata kau hohoho. 

Rentetan dari peristiwa tersebut team yang kalah tadi nak repeat semula game selang dalam 2 hari je dari friendly tadi. 


Futsal III

Kami dengar repeat kami suka je yeap lawan team yang sama so memang takde masalah la kat kami hihihi. Ada juga sedikit curiga, biasanya dorang tak akan repeat awal macam ni selalunya mesti tunggu sabtu/ahad kalau nak repeat pun.

Tapi kali ni special sikit, yes dorang repeat pakai team power kemain baq ang kencang lagi dengar cerita team tu king kat area futsal tu. OhMudGuard! 

Kecut la team kami, tapi tak kepada aku, aku rilek je sambil minum air 100plus tin ( cheee luar je nampak cool tapi hati dalam ada gubra juga ) tapi aku act cool jea yea sebab taknak bagi team aku cuak :P . Ye la team otai futsal tu siapa tak cuak sat gi ada yang 20-0 kang hihihi. 

The Saviour
Okey part ni paling menarik dan penyebab sebab untuk aku update entry. Semua da warm-up campur cuak dan segan yang tak pasal menebal kat berapa orang team aku, sampai ada mintak jadi reserved dulu takut jadi lauk. Tapi macam biasa tak kepada aku, aku okey jea hihi.

"alien datang menakluki bumi demi koko yang dicari mereka kan tiba tak lama lagi apa mungkin terjadi.. Jadi kita perlukan penyelamat bumiii boboiboy" 


Datang lelaki misteri siap berjubah tinggal sereban je takde dalam kepala semua ingatkan tabliqh, yang nak menjalankan tugas kebiasaan dorang. 
Incik Penyelamat : Assalamualaikum, excuse me can I play with you all? 
Kami Orang         : Haaaaaaa..... syntax errorrrrr... now loading please wait...

Incik Penyelamat : Can I join you all? 
Kami Orang         : Foreigner detected *ching*.. yes yes.. can can.. 
( padahal sebab foreigner sebab tu yes yes.. can can.. )

Memang cantik dia punya setting plan tetibe pulak aku dapat emergency called time tu ( pee wee gamaknya minum 100plus tadi kot ) jadi memang tak cukup korum la kan jadinya nak tak nak dia kena join kami juga, kemudian apa lagi 
GAME ON!  

We Are The Champion

Pritt pritt keputusanya team kami menang walaupun beza gol tak besar sangat tapi dapat kalahkan team opponent tu da boleh kira dasyat tu. Ye weh team power weh! 

Kami menang mungkin disebabkan Incik Penyelamat tu tadi yeah satu dia punya shoot kencang Ya Rabbi plus ada dia morale team kami up sedikit sebab masa game tu aku tengok semua main semangat haha ye la kot lawan team kuat kan mat hehe. 


Sedikit info tentang Incik Penyelamat 
( hasil interview aku dengan dia lepas game :P )

Nama : Ashraf 
Asal   : Mesir 
Umur : 34 
Pekerjaan : Cikgu Bahasa Arab

Nombor dia pun dah dapat so team kami orang sekarang ialah team yang terkuat sekarang hohoho :P 







































Saturday, 29 June 2013

3 Idiots ( 2009 )


Waiyawauu macam mana aku boleh ketinggalan 5 tahun ni. Siapa tak pernah tonton lagi filem ni ( macam aku ) aku syorkan korang baik cepat tonton filem ni, sebab kalau korang lambat tonton lagi filem ni aku bet korang akan mengalami sindrom ke-terasa-an-ketinggalan-zamanisma-adoi-nya!!!

Punca aku boleh tahu pasal filem ni adalah dari kawan aku la. Macam biasa aku dan kawan aku ni bila dorang dah cuti sem je mesti buat pekara wajib iaitu trade movies, contoh aku ada cite pawerenjes, dia ada cite atromen, maka atas suka sama suka kami menggunakan sistem barter bagi memudahkan urusan kami.

Tapi sedikit ralat la, kenapa? Aku rasa dah lama movie tu ada kat dalam exHdsk kawan aku tu kenapa aku boleh tak perasan pulak. To be honest, aku bukan pengemar tegar movie Bollywood, tapi entah camne ada insan yang menyarankan aku untuk cuba menonton movie tu. Okey takpe oleh kerana movie ni mendapat saranan yang kuat, berjaya mengajak aku menyelami dunia 3 ekor malaun ni. Okey aku nak bagi review pasal movie ni. 

 
Filem amende weh?  

Filem ni 3 orang bodoh namanya ( 3 Idiots ) mereka tak bodoh tapi sebaliknya. 

Asal filem ni dari mana? 

Asal India dan  filem Bollywood.

Hero/Heroin dalam filem ni?
Hero Rancho ( Aamir Khan ) dan Heroin nya Pia ( Kareena Kapoor ) awek si Rancho.

Apa yang best pasal filem ni

Filem ni mempunyai nilai pengajaran yang sangat mendalam paling aku ingat ialah 
"Perlu untuk memahami sesuatu ilmu itu dan bukan hanya setakat menghafal" 




Don't judge a book by its cover


Sikit sinopsis pasal filem ni. 

Filem ini menceritakan tentang tiga orang sahabat 
1-Shyamaldas Chanchad (Aamir Khan)
2-Farhan Qureshi (R. Madhavan)
3-Rastogi Raju (Sharman Joshi)


Merupakan pelajar di Imperial College of Engineering (ICE) ICE adalah institusi pengajian terbaik di India. Merupakan tahun pertama mereka di ICE  
(kiranya junior la kat ICE tu)

Rancho berasal  dari keluarga kaya. Rancho adalah anak orang kaya yang sangat meminat dunia mesin (machine freak). Belajar di ICE adalah merupakan impianya. Punyai cara pandangan tersendiri terhadap kaedah pembelajaran.

Farhan berasal dari keluarga yang sederhana. Farhan suka untuk mengambil gambar atau merakam momen tapi aku rasa dia lebih bercita-cita untuk menjadi seorang fotografi haiwan liar.

(lebih kurang macam Nat Geo Wild tu la) namun dia terpaksa melupakan hasrat dia kerana terpaksa memenuhi keinginan ayahnya untuk melihatnya menjadi engineer. 
Raju adalah anak dari seorang bekas posmen yang lumpuh dan mempunyai kakak yang gagal untuk berkahwin (andartu)  kerana tak dapat memberikan 800 ribu rupe untuk mas kawinnya.

(kat India perempuan kena bayo mas kahwin kat lelaki kalau nak kahwin) Sumber pendapatan keluarga Raju dapat dari pencen ibunya sebagai guru. Raju sebenarnya seorang yang pandai sebab itu keluarganya sangat berharap  agar Raju dapat menjadi seorang engineer bagi meningkat taraf hidup keluarganya.


 ***


Okey, maka bermula lah kisah dorang sebagai pelajar tahun pertama kat ICE best lagi Farhan, Raju dan Rancho tinggal satu bilik a.k.a roommate.

Dah nama pun roommate dorang memang la ngam bin kamcing tapi best sekali
pasal si Rancho dia  ni seorang pelajar yang bijak dan ada falsafah tersendiri tentang kehidupan. 

Sikap dia yang sedikit abnormal dan selamba rock buat membuatkan dekan kolej dia  iaitu Profesor Viru Sahastrabudhhe atau dipanggil ViruS oleh pelajar di ICE sedikit berbulu dengan 3 ekor malaun ni. Ironinya sebabkan tiga kawan baik ni selalu buat onar kat dorm dan kat fakulti dorang di cop sebagai virus kat ICE oleh prof Viru pulak. 

Pasal si Rancho ni genius dia selalu menyangah mengenai cara proses pembelajaran yang mana lebih kepada sekadar menghafal teori bukan memahami. Punca dari situ ramai prof yang kena game dek si Rancho ni tapi paling kerap kena game adalah si Viru. 

Bermula dari situ si Viru berbulu dengan si Rancho pelbagai cara dia buat untuk expel Racho dari ICE, hehehe tapi nak buat camne si Rancho tu kan genius akal panjang kemain susah la si prof Viru tu nak game kan balik si Rancho tu. Jadi target man dia dah beralih kepada kepada member Racho. 

Aku rasa cukup lah aku sinopsis kan sikit apa yang aku ingat dari filem ni nak banyak korang tengok sendiri la.(kalau aku taip semua tak best la kan+penat weh nak taip)

Nilai Moral yang aku dari filem ni ialah

Sentiasa mementingkan nilai persahabatan.
Berfikir luar dari majoriti atau lari dari mainstream.

 
















Sunday, 23 June 2013

Mahal




Masa tengah melayari laman sesawang popular masa kini yakni facebook aku terlihat satu suapan naik di dinding suapan facebook, seingat aku  suapan naik mesej itu bermesej  

"kenapa perempuan jual mahal di facebook dan benci lelaki sombong yang enggan bertegur sapa denganya"


Setuju dengan perkara tersebut, mahu mendapatkan sesuatu yang elok dan baik biasanya didatangi dengan seribu satu kepayahan kan.

Betul carilah lelaki yang baik, penyayang dan boleh diharap tapi aku masih pelik dengan segelintir manusia yang sukakan manusia yang dikatakan badboys katanya mahukan adventure.  

Bagus sukakan cabaran tapi kak takkan nak bawak ke kahwin kak. 

"Adventure boleh cari, padah jangan cari nanti permanent susah nak buang"


Perempuan yang baik tiada bersifat murahan
Sentiasa menjaga perihalakunya
Oleh itu untuk memperisterikan mereka adalah sukar dan tinggi
Maka janganlah merasa terkejut sebegitu halnya dengan lelaki
Kerna 



Lelaki yang baik itu tidak juga bersifat murahan. 



Friday, 24 May 2013

KIL (2013)

As Salam 

Poster KIL




KIL? gapo dio KIL gak?? 



Hehe okey sebenarnya KIL ialah sebuah filem. 



Filem Amareka ko?



Tak ini ialah filem dihasilkan oleh anak tempatan dan antara filem yang berjaya menambat kembali hati aku untuk ke panggung wayang bagi menonton filem Malaysia.



Bakpo sebelum ni mu tokse tengok ko filem Malaysia? 


Ada aku tengok kat Youtube je. 



Bakpo mu tengok kat Youtube jo?


uhm sebab..sebab.. macam gitu je



Mace gitu tu lagu mano? 



Macam gitu tu maksudnya jalan cerita yang statik je contohnya cinta 2 darjat,gangster(la sangat),hantu dsb.



Gapo hok best pasa filem KIL ni?


Bagi aku best sebabnya.. eh kau baca la petikan paper Sinar Harian ni senang. 


Salah satu babak dalam filem KIL

Siapa sangka, daripada sekadar suka-suka untuk menghasilkan filem dan kemudian ditayangkan di laman Youtube, filem KIL arahan pengarah muda, Nik Amir Mustapha bakal ditayangkan di layar perak 30 Mei ini.


Malah, filem ini juga telah berjaya meraih sebanyak 88,005 tontonan di Youtube.



Ketika sesi tayangan filem berkenaan yang diadakan Selasa lalu, ramai yang memuji karya Nik kerana berjaya suntikan baru dari segi jalan penceritaan, sinematografi dan tidak keterlaluan untuk mengatakan ia adalah sebuah karya tempatan yang bakal memberi nafas baru pada industri perfileman tanah air.



"Saya menghasilkan filem ini sekadar suka-suka dan kerana minat dengan filem. Jadi saya panggil kawan-kawan untuk turut serta dalam pembikinan filem ini.



"Malah, perbincangan dengan Redza Minhat juga hanya dilakukan di kedai makan sahaja. Saya juga terpaksa gunakan wang sendiri untuk pembikinan filem ini terlebih dahulu," ujar Nik ketika ditemui selepas tayangan filem tersebut di e@Curve, baru-baru ini.



Filem KIL dibarisi pelakon seperti Redza, Cristina Suzanne Stockstill, Harun Salim Bachik, Dira Abu Zahar, Atilia Haron, Juliana Evan dan ramai



Nik berkata, hanya setahun selepas pembikinan filem ini, iaitu pada tahun 2011, barulah dia bertemu dengan penerbit Grand Brilliance, Tengku Iesta Tengku Alaudin.



"Selepas menonton filem yang kami hasilkan, Tengku bersetuju untuk membeli filem ini dan seterusnya melalui proses produksi yang lebih teliti dengan memasukkan kesan bunyi dan sebagainya," katanya.



Nik berkata, sebagai seorang pengarah baru, cabaran utamanya dalam menggarap filem ini adalah mencari maklumat.



"Sebagai orang baru, saya memang tidak mengenali sesiapa dalam bidang perfileman untuk saya tanyakan mengenai filem. Jadi saya banyak menonton dan membaca, seterusnya daripada info dan pemerhatian saya, saya garapkan dalam filem ini.



"Saya juga bersyukur kerana pelakon banyak membantu dan saya juga memberi kebebasan kepada pelakon untuk melontarkan dialog mengikut skrip mereka sendiri," katanya.



Menurut Nik, dia tidak melabelkan KIL sebagai sebuah filem indie dan merasakan ia adalah filem yang berada di tengah-tengah.



"Ketika sesi tayangan baru-baru ini ada yang kata ia filem urban, tapi bagi saya KIL adalah filem yang mempunyai kedua elemen - indie dan komersial.



"Saya harap semua golongan - tidak kira urban atau tidak boleh menerima dan enjoy menonton filem ini," ujarnya.




Sindir wartawan?



Bagaimanapun, dalam pujian yang diterima daripada karya sulungnya itu, Nik tidak terlepas menerima soalan panas, apabila beberapa babak dalam filem tersebut seolah menyindir segelintir wartawan hiburan tempatan.



Babak tersebut di mana seorang wartawan hiburan (lakonan Aidil dari kumpulan Couple) menemu ramah seorang pengarah terkenal (lakonan Hasnol Rahmat) yang gagal menarik perhatian penonton.



Karakter wartawan berkenaan yang suka menyampuk tidak kena tempat serta dialog berbaur sindiran yang dilafazkan oleh Hasnol, membuat para wartawan dan wakil media yang menonton, ‘panas telinga’.



Menjelaskan mengenai situasi berkenaan, Nik berkata : "Bagi saya, babak itu bukan satu bentuk serangan pada pihak wartawan kerana babak tersebut bukanlah apa yang mahu saya tonjolkan dalam KIL.



"Ia hanyalah sekadar hiburan dan pemerhatian saya. Saya tak berniat nak berperang dengan wartawan.



"Dialog Hasnol yang mengatakan 'gara soalan-soalan panas dari medialah membuatkan segelintir pengarah naik berang', adalah skrip dari Hasnol sendiri dan bukannya dari saya. Bagaimanapun, saya mohon maaf jika ada yang terasa dengan babak itu," katanya.




Bakal ke Cannes



Sebagai sebuah pendatang baru dan filem baru, Nik boleh tersenyum puas apabila KIL menjadi antara empat buah filem tempatan yang terpilih untuk ditayangkan di Festival Filem Cannes di Perancis pada 20 Mei ini.



KIL akan ke sana bersama filem Vikingdom (KRU Studios), Bola Kampung The Movie (Animasia Studio) dan Penanggal (Tayangan Unggul) juga akan turut ditayangkan di anugerah Marche Du Film bersempena festival filem berprestij itu.



"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana ia akan dibawa ke pasaran luar. Bagi saya, apabila GB bersetuju untuk menayangkan filem ini, ia sudah cukup buat saya.



"Jadi apabila KIL terpilih untuk ke Festival Filem Cannes, saya rasa ia sebagai satu bonus," katanya.



Kil mengisahkan tentang Akil (Kil) seorang pemuda yang tertekan dan cenderung untuk membunuh diri. Namun cubaannya sentiasa gagal. Sehinggalah dia berjumpa dengan cara ‘penyelesaian’ yang sempurna, Life Action Bureau ataupun LAB yang membantu sesiapa saja yang ingin membunuh diri.



Namun di saat akhir Kil berubah fikiran. Dia mula jatuh cinta pada seorang gadis, Zara, dan kembali bersemangat untuk menikmati kehidupannya. Tetapi sudah terlambat kerana LAB sudah bertindak. Adakah Kil berjaya meyakinkan LAB? Atau Kil tetap akan dibunuh? Bagaimana pula kisah cinta Kil dan Zara?



Sumber: Dari Youtube ke layar perak  




Kredit  : Sinar Harian

Oleh    : Nurezzatul Aqmar Mustaza




KIL Reviews


Diambil dari KLIPS





10 Sebab Tarikan KIL

Ridhwan Saidi pernah menyatakan, filem Hollywood itu berlapis-lapis macam kek lapis.
Dalam ulasan kali ini, aku mahu menyampaikan ulasan ini dalam hal yang berlapis-lapis mengikut nombor. Persoalan filem dan perfileman pun berlapis-lapis bukan?

1
Ada kecantikan dalam latar, pengarahan seni, dan mood filem ini. Runut bunyinya bagi aku, terdapat bahagian-bahagian yang mencapai emosi kesatuan penonton-imej. Ini penting, untuk feel. Secara luaran, ini yang paling berbuah dalam filem ini, dan sepatutnya inilah unsur utama yang membantu kau mengikuti filem ini sampai ke akhir.

2
Aku tidak menyentuh cerita lagi. 

Aku ingin menyentuh semangat filem ini.
Ini filem yang tidak berbohong apabila ia menggelarkan dirinya: A feel good movie about suicide. Dalam suram dan kelam wajah Redza Minhat dan Christine Suzanne, timbul harapan dalam oren, epal, foto, dan ais krim.
Hidup memang celaka tapi kau wajib meraikannya.

Akil (Redza) "bernasib baik" kerana setelah bercuba-cuba untuk membunuh diri, dia menemui Zara (Christine). Mula-mulanya seakan suatu filem soft porn milik Hitchcock apabila Akil "mengikuti" Zara dari jauh, dan Zara "mengejutkan" Akil dari dekat. Ada ketegangan seks. Malah ada babak halusinasi (mencuit) apabila ketegangan seks ini menjadi dalam ruang "terperangkap" lif yang kelabu metalik lalu Zara "meraba" Akil. Serius penonton yang loner akan tersinggung. 

Mata penonton menjadi mata kedua-duanya (Akil & Zara). Ada sebuah perspektif yang tiba-tiba mengganggu penonton pada pertengahan cerita apabila perspektif Akil "hilang" lalu timbul Zara membeli buah-buahan (ah, ada lapisan lain secara plot antara Zara-wanita tua).

Kita juga diberi peluang menonton sebuah filem dalam filem arahan Johan Iskandar (Hasnul Rahmat). Ini deep? Kau jangan tertipu, filem ini sebenarnya mudah, rujuk bual-bicara filem Akil-Zara berkenaan komedi romantik (hint!) dan Noting Hill.

Johan Iskandar, seperti Akil, seperti kebanyakan anak kota yang murung, berasa "nak mati" dan KL yang terus kotor-cantik tidak mempedulikan mereka.

Ini tujuan mereka untuk membunuh diri.

3
Membunuh diri satu metafora menarik. Bunuh (kill) merupakan unsur biasa untuk "menamatkan" filem. Rujuk pabila Father Karras meloncat jatuh dari Hitchcock Stairs, filem The Exorcist pun berakhir.

Bagaimanakah kita menonton sebuah filem tentang ingin membunuh diri dan kita masih boleh terpaku hingga akhir filem?

Inilah lencongan (twist) yang dibuat dalam filem ini, memainkan sikap "ke arah kematian" sebagai suatu pilihan "memasuki alam berasa akan berakhir bila-bila masa". Sebenarnya filem ini tidaklah hanya bercakap fasal "nak mati" tetapi juga bercakap fasal "kehidupan": filem ini menyampaikan harapan. Dalam sebuah cekerawala yang serba luas, walaupun bagaimana bersendirinya kita, kita tidak dapat lari daripada berhubung, lalu perhubungan membentuk kebergantungan dan kepercayaan. Inilah dua unsur yang Akil "hilang", yang sedikit demi sedikit kita jumpai (setelah melalui beberapa episod psikaotik Akil, yep, kepala budak ni bukannya betul sangat) Akil "cuba" hendak mencarinya. Kononnya, dia jumpa bila bertemu dengan Zara. Filem Johan Iskandar (secara licik) membuka matanya tentang hal itu (haha, kiut, siapa kata filem tidak mengajar ya?)

Poin ini menarik: walaupun kita tidak mengenali satu sama lain, ada sesuatu yang kita sama-sama inginkan.

4
Dan jawapan untuk pernyataan di atas, perkara yang kita sama-sama inginkan tentulah "Cinta".

5
Filem rujukan.

Satu hal, aku suka imejan Redza-Christine yang dibuat menyamai imej anime, yakni jika Redza dan Christine dilukiskan seakan menyamai lukisan Osamu Tezuka.

Ini suatu "hiper-realiti" feel.

Canggung dan menarik. Baca lagi KlIK SINI



Trailer


Tengok trailer pun dah teruja dengan sinematografi filem KIL ni huish






Akhir kata semoga filem ni berjaya serta mampu menghidup dan memberi nafas baru dalam bidang industri perfileman di Malaysia. 







p/s: Lama dah aku tak tengok filem Malaysia yang boleh buatkan kita ter-inspire, ter-motivate, meninggalkan kesan dan mampu mengajak minda kita keluar dari kotak sedia ada. Contoh last filem yang meninggalkan kesan kat aku ialah Mukhsin.


Tuesday, 30 April 2013

Ended Up

Baru-baru ni aku potong rambut, punya nak kejar masa aku pergi kedai dalam pukul 3 petang semangat takut kena beratur. Sesampai je kat lokasi kedai tutup pulak aduh.

Ok cantik, melayu berniaga macam ni la, orang nak tolong sesama bangsa

Bukan apa kedai tu kira  kedai favourite juga la sebut je macam biasa tuan kedai tu tau la jenis haircut macam mana dia nak buat.
Tak tahu yang hari tu hari ahad kedai memang la tutup bijak! 
haha tengok siapa yang salah sekarang

Dah alang-alang terlajak malas pulang dengan kehampaan. Pusing-pusing satu area tu ternampak la satu kedai gunting rambut. 

Nak cakap canggih tu tak lah tapi boleh lah hmm. Orang pun tak ramai okey memang super extra save masa ni apalagi terjahh!!. 

 Tapi kedai tu kedai India, ah persetankan masa kecik-kecik dulu selalu juga aku potong rambut kat kedai India dengan pakcik aku. 

Masuk kat dalam kedai:

T: Ok boss mau bikin setail apa?
A: Uhm repair tepi je.

T: Okey (geleng kepala) Boss mau style ini ka (tunjuk sample kat dinding)
A: Huh? Ya ya ya (aku tak berapa nampak sangat)

Kemudian dia capai la mesin rambut sambil selamba je sodok side tepi rambut, hehe yess dia terlupa tanya aku potong nombor *1,2 atau 3 

kebiasaan kalau repair tepi cuma pakai no2/3 je.

*123=Nombor untuk size mata hair cutter

Ceritanya pembalakan haram telah berlaku di belah tepi rambut aku dalam erti kata lain GONDOL! yeah i lioke, aku pun masa tu wahh.

T: Kenapa boss?
A: You pakai nombor berapa?

T: Nombor satu boss?
A: Adoi!

T: Kenapa boss?
A: Takpe-takpe buat je macam kat gambar tu, damn.

Malas nak gaduh pasal rambut aku pun sembang la dengan dia fluent tak fluent la dia punya Bahasa Malaysia, tapi ada satu accent dia tu aku detect macam accent tamil pure mari punye.

Sembang-sembang lagi:
A: You asal mana?
T: Kenchi (lebih kurang macam tu la bunyinya)

A: Kat mana tu? 
T: India! 

A: Huh, India? pure India tu? Oh berapa lama da duduk sini
T: Ya boss? Enam.

A: Oh enam tahun?
T: Tak boss, enam bulan.
Ya Allah patut la hasilnya rambut aku ended up macam gambar kat bawah ni. Pure baru turun kapal rupanya haha. 

                                          




Sunday, 14 April 2013

Nama | Name

Nama

Menurut definisi ianya adalah merujuk kepada:

(1)Panggilan kepada sesuatu/manusia/objek/binatang dsb-cth:Nama dia ialah Ahmad.
(2)Gelaran kurnian/penganugerahan-cth:Yang Berhormat Dato' Ahmad Hamzah.

Aku bagi dua definisi tentang apa itu nama, mungkin kat situ dah boleh jelas apa yang dimaksudkan dengan Nama.


Kenapa Nama

Budaya orang kita(Malaysia) selalu atau terlepas pandang akan hal ni, contohnya, mudah memanggil nama seseorang bukan berdasarkan nama sebenar mereka dan lebih cenderung memberi nama kepada seseorang itu bedasarkan, fizikal/rupa bentuk/keadaan mereka.

  • Fizikal - "wei gemuk(Ahmad) kau datang rumah aku cepat!" 
  • Rupa bentuk - "wei jonggang(Ahmad) cepat la sikit!" 
  • Keadaan - "wei anak luar nikah(Ahmad) kau ni memang dasar anak tak guna la!" 
ayat untuk point ketiga tu biasa jumpa kat dalam tv/wayang je kan. 
(maaf penggunaan contoh pun agak kasar -_-' ) 


Kepentingan Memanggil nama Sebenar

Aku pernah terbaca satu artikel dalam majalah/surat khabar@internet tentang (da lupa baca kat mana tapi asas dia memang bahan bacaan lah ) kepentingan memanggil nama sebenar kepada ibu bapa dan masyarakat. 

Dalam bacaan tu mengatakan jika ibu bapa memanggil nama sebenar anak mereka(seperti yang tertulis atas IC kot) muka anak-anak mereka akan bercahaya apabila dipanggil oleh Allah S.W.T masa hari penghakiman kelak, panggilan nama itu pun merupakan doa untuk seseorang- cth: Ahmad 
(yang terpuji ). 

Dalam satu surah Al-Quran pun ada menekan/peringatan tentang isu memberi gelaran kepada seseorang.





Nampak kepentingan dia kat situ, Allah S.W.T Maha mengetahui mengenai makhluk ciptaan-Nya. Hati manusia siapa yang tahu kan.

Walaupun disebabkan pekara kecil boleh menimbulkan kecil hati
perbalahan,masam muka sesungguhnya perkara macam ini amat dimurkai oleh Allah S.W.T dan Islam. 

Mana lah tahu nanti sebabkan sikit je kecil hati dengan kawan kawan kita, boleh buatkan amalan kita tu jadi tertungak disebabkan panggilan atau gelaran yang kita pernah panggil mereka.

Akhir kata bagi aku la memanggil nama sebenar orang tu penting, sebab dari situ kita boleh lihat orang tu hormat kita atau tidak tak kisah la tua atau muda. Ye nama kalau dilihat memang macam remeh tapi kat situ la kita boleh lihat mampu atau tidak seseorang itu menghormati sesuatu yang "remeh".

Asalkan sesuatu yang "remeh" kita tak boleh nak hormat inikan pula kita nak harap orang akan menghormati kita nanti,  jangan pelik nanti bila ada budak-budak yang lebih kecil dari hang tak hormat nama kita.

 Macam pepatah Inggeris

"what goes around,comes around"  



















Saturday, 6 April 2013

Kenduri Kahwin dan Pakcik


Kenduri Kahwin

Bila umur dah meningkat tua bangka ni kalau pergi mana-mana kalau terjumpa orang yang lebih berumur sikit dari kita mesti orang tegur kita
(especially orang kampung kita) 

eh da beso da kau ea sekolah tingkatan berapa? (Cricket Chirping)
Apadia tadi cakap da beso tapi tang tingkatan tu fail sungguh la pakcik. 

Bukan apa sebenarnya aku menghadiri satu majlis perkahwinan di kampung aku ikutkan hati bapak malas nak pergi kenduri tersebut why? Saje je tido lagi syiok oo haha. 

Tapi oleh kerana desakan mak terpaksa juga la bangun dan meninggalkan selimut serta bantal yang empuk itu. 

Sekitar 11.00 pagi sampai la ke destinasi yang dituju, jauh tak jauh la kenduri tu sebenarnya haha. Aku dengan tidak segan silu nya terus ke khemah lelaki hehe lapo yop makan dulu la cerita dia orang kiri kanan memang tak pandang da takde langsung dalam pengawasan mata ni.

Sebelum nak makan tu kena la beratur dulu, boleh tahan juga la panjang dia adat la nama pun kenduri kan lagipun time tu awal juga la rasanya jadi jumlah kehadiran tetamu memang bertubi-tubi ramai haha. 

Pakcik

Aku pun ambil la pinggan polystyrene ni dengan niat baik tolong ambilkan sekali untuk pakcik kat belakang aku konon nak tunjuk santun la kan, pakcik tu pun senyum  kat aku, macam biasa bila orang senyum kat kita mesti kita akan balas balik kan cengini ha ^________^ *ching*. Aku senyum lebar kemain murah dengan senyuman katakan plus senyuman tu kan satu sedekah. 

Senyum punya senyum, pakcik tersebut semacam berminat untuk berbicara dengan aku. Kebetulan aku pun kenal juga pakcik tu, alah orang kampung pusing-pusing memang muka tu juga yang jumpa. Pakcik tu pun start la sembang dengan aku pung-pang-pung-pang sampai la bab ni.



P:Eh! Kau bila lagi?

A:Bila apa pakcik?(pura-pura tak tahu padahal aku bole bau da maksudnya)

P:Kahwin la! Umur sedang molek ni, badan pun tengah sihat molek benor la kahwin.
A:Aku pun time tu shy-shy cat replied to him. Lambat lagi kot calon pun takde pakcik hmm.

P:Alah tipu la bukan enko bukan tak hensem tipu la takde makwe lagi? Kahwin je nanti ada la rezeki Allah bagi.
A:Ngeh ngeh eh takde la pakcik mana ada hensem, hancing ada la haha
*(kalau saya kahwin dengan anak pakcik boleh tak anak pakcik pun boleh tahan juga lawonye hahaha)

p: *Okay set!
A: *Waterpark!

Panjang lebar juga la sembangan kami itu almaklum orang dah makan garam
 (makan garam banyak bukan ke boleh kena high blood pressure ke hmm) Syok sangat bersembang. Nasib baik hari da makin ke petang pakcik to pun kalut semacam aku tengok mungkin cari isteri dia yang dah selesai makan kot jadi dia pun minta undur diri dulu, aku time tu houhyeas at last (haha)

Okay lesson of the day jangan senyum too much kat pakcik-pakcik masa kenduri nanti dapat cerita power in HD haha. Sekian repekan aku untuk kali ini

Adieu. 


p/s: *Aku bermonolog dalaman je tu.




Friday, 8 March 2013

Happy Women's Day

Macam biasa la aku dan incik Google berpisah tiada, why? yup aku suka guna   Chrome pastu interface incik Google chrome menimbulkan pertanyaan kepada aku kendian aku klik la kat gambar tu kendian lagi incik Google bagitahu aku yang setiap 8 Mac ialah Hari Wanita Sedunia.


 
Kaum Hawa ni tak kurang hebatnya dan kalau nak tahu mereka juga turut terlibat dalam membangunkan peradaban manusia, dan kalau takde sumbangan mereka mungkin sesetengah benda tu kita masih buat secara manual. Malas cakap banyak sini aku ada list-kan Top 10 inventions by Woman's dan mungkin kita tak sangka pun sebahagian direka oleh kaum hawa. Power! Power!


1 Circular Saw: Tabitha Babbitt, 1812

Hat ni aku tak tahu function dia, mungkin bantu mempercepatkan manusia membelah kayu kot tak payah lagi menggunakan hikmat 1000 kapak membelah kayu! Ching! Hmm.


2. Alphabet blocks: Adeline D. T. Whitney, 1882
Takda ni mungkin aku/korang seorang yang buta huruf sekarang ni gamaknya.


3. Periscope: Sarah Mather, 1845

Takda ni mungkin kita takkan dapat guna kapal selam


4. Dishwasher: Josephine Cochran, 1872

Pernah membantu aku masa aku buat sambilan kerja kat Cafe dulu untuk kasi makan/cuci pinggan staff-staff bajet loaded itu.



5. Windshield wiper: Mary Anderson, 1903


Macam biasa takda ni ramai orang tak boleh pandu kereta masa hari hujan dan kadar kematian akan meningkat seterusnya Malaysia akan mengalami kepupusan manusia! (ye?)


6. Engine muffler: El Dorado Jones; 1917
 
Takda benda ni mungkin orang lelaki tak dapat melampiaskan nafsu mereka untuk menyalak di jalan raya woof woff (vroom vroom).





7. Chocolate Chip Cookies; Ruth Wakefield, 1930

Takda ni mungkin aku akan hidup dalam penyesalan sebab tak dapat makan biskut Chipsmore yang sedap itu haha.



8. Liquid Paper: Bessie Nessmith, 1951



Tipu la ni kalau cakap benda ni tak beri function dalam life korang, time sekolah dulu banyak berjasa kat aku benda alah ni dan salah satu cara untuk menyerlahkan kekreatifan aku dengan meja dan kerusi adalah hala tuju medan kreatif aku
*(budak baik jangan buat ye --')*
*vandalisme*



9. Kevlar Material Bulletproof vest: Stephanie Kwolek, 1964

Banyak membantu abang-abang polis/tentera dan juga aku (eh kau pun ada). Opkos la counter strike ma! 



10. Ironing Board: Sarah Boone, 1982


Haha takda benda ni susah la mat smart nak hidup why? yes baju mereka akan sentiasa berkedut-kedat(ada ke ayat ni ah persetankan) baju/seluar akan berkedut dan susah la nak cari makan, mat smart tu apa benda weh, mat smart tu golongan lelaki pokai/rabak yang akan pakai skill baju loaded/mahal utk mengorat perempuan kaya once da terperangkap sekaligus  akan meng-kikis kekayaan wanita tersebut. Haha bunyi dia kencang kan saje je tambah sound effect kat situ.



Ha tengok power tak power inventions diorang banyak kita guna dalam aktiviti harian kita dan paling kencang aku tak tahan tang kevlar, muffler, wiper tu most of us especially man tau pakai je kan tapi tak tau siapa yang yang cipta benda-benda ohsem ni. Alright akhir kata Salute untuk wanita seluruh dunia. Adios