Friday, 8 March 2013

Happy Women's Day

Macam biasa la aku dan incik Google berpisah tiada, why? yup aku suka guna   Chrome pastu interface incik Google chrome menimbulkan pertanyaan kepada aku kendian aku klik la kat gambar tu kendian lagi incik Google bagitahu aku yang setiap 8 Mac ialah Hari Wanita Sedunia.


 
Kaum Hawa ni tak kurang hebatnya dan kalau nak tahu mereka juga turut terlibat dalam membangunkan peradaban manusia, dan kalau takde sumbangan mereka mungkin sesetengah benda tu kita masih buat secara manual. Malas cakap banyak sini aku ada list-kan Top 10 inventions by Woman's dan mungkin kita tak sangka pun sebahagian direka oleh kaum hawa. Power! Power!


1 Circular Saw: Tabitha Babbitt, 1812

Hat ni aku tak tahu function dia, mungkin bantu mempercepatkan manusia membelah kayu kot tak payah lagi menggunakan hikmat 1000 kapak membelah kayu! Ching! Hmm.


2. Alphabet blocks: Adeline D. T. Whitney, 1882
Takda ni mungkin aku/korang seorang yang buta huruf sekarang ni gamaknya.


3. Periscope: Sarah Mather, 1845

Takda ni mungkin kita takkan dapat guna kapal selam


4. Dishwasher: Josephine Cochran, 1872

Pernah membantu aku masa aku buat sambilan kerja kat Cafe dulu untuk kasi makan/cuci pinggan staff-staff bajet loaded itu.



5. Windshield wiper: Mary Anderson, 1903


Macam biasa takda ni ramai orang tak boleh pandu kereta masa hari hujan dan kadar kematian akan meningkat seterusnya Malaysia akan mengalami kepupusan manusia! (ye?)


6. Engine muffler: El Dorado Jones; 1917
 
Takda benda ni mungkin orang lelaki tak dapat melampiaskan nafsu mereka untuk menyalak di jalan raya woof woff (vroom vroom).





7. Chocolate Chip Cookies; Ruth Wakefield, 1930

Takda ni mungkin aku akan hidup dalam penyesalan sebab tak dapat makan biskut Chipsmore yang sedap itu haha.



8. Liquid Paper: Bessie Nessmith, 1951



Tipu la ni kalau cakap benda ni tak beri function dalam life korang, time sekolah dulu banyak berjasa kat aku benda alah ni dan salah satu cara untuk menyerlahkan kekreatifan aku dengan meja dan kerusi adalah hala tuju medan kreatif aku
*(budak baik jangan buat ye --')*
*vandalisme*



9. Kevlar Material Bulletproof vest: Stephanie Kwolek, 1964

Banyak membantu abang-abang polis/tentera dan juga aku (eh kau pun ada). Opkos la counter strike ma! 



10. Ironing Board: Sarah Boone, 1982


Haha takda benda ni susah la mat smart nak hidup why? yes baju mereka akan sentiasa berkedut-kedat(ada ke ayat ni ah persetankan) baju/seluar akan berkedut dan susah la nak cari makan, mat smart tu apa benda weh, mat smart tu golongan lelaki pokai/rabak yang akan pakai skill baju loaded/mahal utk mengorat perempuan kaya once da terperangkap sekaligus  akan meng-kikis kekayaan wanita tersebut. Haha bunyi dia kencang kan saje je tambah sound effect kat situ.



Ha tengok power tak power inventions diorang banyak kita guna dalam aktiviti harian kita dan paling kencang aku tak tahan tang kevlar, muffler, wiper tu most of us especially man tau pakai je kan tapi tak tau siapa yang yang cipta benda-benda ohsem ni. Alright akhir kata Salute untuk wanita seluruh dunia. Adios

No comments:

Post a Comment