Tuesday, 19 February 2013

"Kita Siap" Transformers

Lama tak tak update berhabuk juga blog barai ni fuhhh.. 

"Kita Siap" sebenarnya tajuk cerita Transformers yang seingat aku tahun 2007 mula-mula keluar dulu, punya la excited tak sampai berapa minggu cerita ni keluar wayang aku dah usha kedai dvd pirate (belilah yang original). 

Punyalah nak tengok cerita ni, dapat dan hasil kualiti dia memang "superb" dan sarikata pada permulaan cerita ni kalau tak silap aku la berbunyi 
Transformers = Kita Siap, haha die punya translate A kot.

Bukan apa sebenarya aku baru siap tonton Bluray 1080p TROF, masa tonton aku semacam terbekenan pulak dengan lembaga bernama Jetprime ni. 

Habis tonton terus tanya Encik Google dengan nawaitu nak dapatkan figura Jetprime, dalam pencarian aku sedar benda ni da jadi rare maklumlah movie tu tahun bila dengan tak pernah ada pengalaman terlibat dalam kancah mengumpul figura Tranformers pun satu hal, lagi malang Encik Google cakap benda ni harga dia bermula dari harga rm1K dan ke atas, Aku macam wottttt!!! nilai satu benda alah ni kemain mahalnya.

Kenapalah mahal sangat duh, huish tapi takpe aku settle kan benda ni pelan-pelan, one day mesti kena dapatkan juga.

Setakat ni gambar ni boleh tolong hold rasa berkenan ni, sambil berangan ada orang nak bagi untuk hadiah hari lahir heheh. Ok tu je la benda yang aku nak cakapkan Autobots Roll Out! 










No comments:

Post a Comment