Wednesday, 20 February 2013

Budak Getah

Selama ni asyik baca yang English punya je kat internet tu. Akhirnya dapat juga baca buku ni yang dalam Bahasa Malaysia punya. Dia punya tahap feeling dan pemahaman lagi terbaik kot hehe. Nasib baik dengan belas ehsan dari kawan aku, dapat juga memborong dan juga pinjam dia punya *manga, nak beli semua sekali aku tak sampai hati tengok wallet aku tak chubby kofkof, apa pun arigatou gozaimasu kawan.

About the stuff, Japanese tak panggil komik dorang panggil manga, what manga? Bukan majalah mangga yang tayang gambar artis Malaysia berendam dalam air tu, tu majalah mangga yang made in malaysia, ni manga mari dari jepun.

*manga= Panggilan untuk komik dalam bahasa Jepun

Manga ni dipanggil "One Piece/Wan Piisu" dan dalam bahasa Malaysia pulak Budak Getah. Nama macam tak gempak je kan pakai je lah "One Piece" tu lagi terserlah ke aslianya kan. 

Sekarang aku nak ulangkaji manga ni biar sampai dapat 3 pointer dan keatas hahaha.

Plot Ringkas:

Sebelum kematian raja lanun *"Gol D Roger" dia ada cakap pasal harta karun milik dia "One Piece" kalau korang nak korang boleh la cari dekat 
"Grand Line". Sebabkan banyak kemain harta dia maka bermulalah Era lanun sebab semua orang pulun nak dapatkan harta dia.

*Gol D Roger=Raja Lanun

20 tahun lepas kematian raja lanun ada seorang remaja namanya, 
"Monkey D Luffy" yang menyimpan hasrat untuk menjadi raja lanun. Budak ni termakan *"Akuma no Mi". Selepas bertemu dengan "Red Haired Shanks" yang juga idola si Luffy. Luffy dapat kuasa buah syaitan, kuasa buah syaitan nirojim ni ada banyak dan salah satu kuasanya ialah kuasa *Gomu Gomu dengan kata lain badan boleh jadi kenyal macam getah.

*Akuma no Mi = Buah Syaitan
*Gomu-Gomu = Gum Gum 

Okay then bermula la journey "Luffy"  untuk jadi raja lanun tapi memula sekali dia kena cari member crews dulu untuk bantu dia jadi Raja Lanun dan first crew dia ialah "Roronoa Zoro" mamat ni power dia toksah cakap la bapak kuatnya dan pakai tiga pedang adalah stail mamat ni. Okay cukup malas aku nak cerita details bukannya aku dapat komisyen pun hehe. Nak tau baca sendiri tak pun tengok anime dia Haha. 

Tapi kan serius cakap komik ni best giler sebab mostly karakter dalam komik ni semuanya *baka. Pelukis dia pun ada cakap kalau buat survey level rate IQ karakter untuk komik ni ada berape orang je normal yang lain suma bungkuih haha, sebab tu la syok manga ni orang baik/jahat dua-dua tak boleh pakai. 

*Baka = bodoh/stupid

p/s: Manga "One Piece" ni bermula dari tahun 1997 lagi yakni time tu aku baru darjah satu dan yang menariknya manga ni sampai ke sekarang masih tak habis pergembaraannya, haha main gila otak Iechiiro Oda *sensei ni bayangkan la dari 1997 sampai ke sekarang dan masih berterusan perah otak! 

*Mangaka/kartunis

Tabik spring satu kali kat Iechiiro Oda sensei. 

Okay Ciao, Arrr! 

No comments:

Post a Comment